Sejarah mencatat bahwa di kalangan
umat Islam bermula dari abad-abad permulaan (mulai dari masa khalifah sayyidina
Ali ibn Abi Thalib) sehinggalah sekarang terdapat banyak firqah (golongan)
dalam masalah aqidah yang saling bertentangan di antara satu sama lain. Ini
fakta yang tidak dapat dibantah. Bahkan dengan tegas dan jelas Rasulullah telah
menjelaskan bahawa umatnya akan berpecah menjadi 73 golongan. Semua ini sudah
tentunya dengan kehendak Allah dengan berbagai hikmah tersendiri, walaupun
tidak kita ketahui secara pasti. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala
sesuatu. Namun Rasulullah juga telah menjelaskan jalan selamat yang harus kita
ikuti dan panuti agar tidak terjerumus dalam kesesatan. Iaitu dengan mengikuti
apa yang diyakini oleh al-Jama’ah; majoriti umat Islam. Karena Allah telah
menjanjikan kepada Rasul-Nya, Nabi Muhammad, bahawa umatnya tidak akan
tersesat selama mana mereka berpegang teguh kepada apa yang disepakati oleh
kebanyakan mereka. Allah tidak akan menyatukan mereka dalam kesesatan.
Kesesatan akan menimpa mereka yang menyimpang dan memisahkan diri dari
keyakinan mayoritas.
Mayoritas umat Muhammad dari dulu
sampai sekarang adalah Ahlussunnah Wal Jama’ah. Mereka adalah para sahabat dan
orang-orang yang mengikuti
mereka dalam Ushul al-I’tiqad (dasar-dasar aqidah);
iaitu Ushul al-Iman al-Sittah (dasar-dasar iman yang enam) yang disabdakan
Rasulullah dalam hadith Jibril uang bermaksud : “Iman adalah engkau mempercayai
Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab- kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhir
serta Qadar (ketentuan Allah); yang baik maupun buruk”. (H.R. al Bukhari dan
Muslim)
Perihal al-Jama’ah dan pengertiannya
sebagai majoriti umat Muhammad yang tidak lain adalah Ahlussunnah Wal Jama’ah
tersebut dijelaskan oleh Rasulullah dalam sabdanya yang bermaksud: “Aku berwasiat
kepada kalian untuk mengikuti sahabat-sahabatku, kemudian mengikuti orang-orang
yang datang setelah mereka, kemudian mengikuti yang datang setelah mereka“. Dan
termasuk rangkaian hadith ini: “Tetaplah bersama al-Jama’ah dan jauhi
perpecahan karena syaitan akan menyertai orang yang sendiri. Dia (syaitan) dari
dua orang akan lebih jauh, maka barang siapa menginginkan tempat lapang di
syurga hendaklah ia berpegang teguh pada (keyakinan) al-Jama’ah”. (H.R.
at-Tirmidzi; berkata hadith ini Hasan Shahih juga hadith ini dishahihkan oleh
al-Hakim).
Al-Jama’ah dalam hadith ini tidak
boleh diertikan dengan orang yang selalu melaksanakan solat dengan berjama’ah,
jama’ah masjid tertentu. Konteks pembicaraan hadith ini jelas mengisyaratkan
bahwa yang dimaksud al-Jama’ah adalah majoriti umat Muhammad dari sisi
jumlah(‘adad). Penafsiran ini diperkuatkan juga oleh hadith yang dinyatakan di
awal pembahasan. Iaitu hadith riwayat Abu Daud yang merupakan hadith Shahih
Masyhur, diriwayatkan oleh lebih dari 10 orang sahabat. Hadith ini memberi
kesaksian akan kebenaran majoriti umat Muhammad bukan kesesatan firqah-firqah
yang menyimpang. Jumlah pengikut firqah-firqah yang menyimpang ini, jika
dibandingkan dengan pengikut Ahlussunnah Wal Jama’ah sangatlah sedikit.
Seterusnya di kalangan Ahlussunnah Wal Jama’ah terdapat istilah yang
popular iaitu “ulama salaf”. Mereka adalah orang-orang yang terbaik dari
kalangan Ahlusssunnah Wal Jama’ah yang hidup pada 3 abad pertama hijriyah
sebagaimana sabda nabi yang maknanya: “Sebaik-baik abad adalah abadku kemudian
abad setelah mereka kemudian abad setelah mereka”. (H.R. Tirmidzi)
Pada masa ulama salaf ini, di
sekitar tahun 260 H, mula tercetus bid’ah Mu’tazilah, Khawarij, Musyabbihah dan
lain-lainnya dari kelompok-kelompok yang membuat fahaman atau mazhab baru.
Kemudian muncullah dua imam muktabar pembela Aqidah Ahlussunnah yaitu Imam Abu
al-Hasan al-Asy’ari (W. 324 H) dan Imam Abu Manshur al-Maturidi (W. 333 H)
–semoga Allah meridhai keduanya–menjelaskan aqidah Ahlussunnah Wal Jama’ah yang
diyakini para sahabat Nabi Muhammad dan orang-orang yang mengikuti mereka,
dengan mengemukakan dalil-dalil naqli (nas-nas al-Quran dan Hadith) dan
dalil-dalil aqli (argumentasi rasional) disertaikan dengan bantahan-bantahan
terhadap syubhat-syubhat (sesuatu yang dilontarkan untuk mengaburkan hal yang
sebenarnya) golongan Mu’tazilah, Musyabbihah, Khawarij dan ahli bid’ah lainnya.
Disebabkan inilah Ahlussunnah
dinisbahkan kepada keduanya. Mereka; Ahlussunnah Wal Jamaah akhirnya dikenali
dengan nama al-Asy’ariyyun (para pengikut Imam Abu al-Hasan Asy’ari) dan
al-Maturidiyyun (para pengikut Imam Abu Manshur al-Maturidi). Hal ini
menunjukkan bahawa mereka adalah satu golongan iaitu al-Jama’ah. Kerana
sebenarnya jalan yang ditempuhi oleh al-Asy’ari dan al-Maturidi dalam pokok
aqidah adalah sama dan satu. Adapun perbezaan yang terjadi di antara keduanya
hanyalah pada sebahagian masalah-masalah furu’ (cabang) aqidah. Hal tersebut
tidak menjadikan keduanya saling berhujah dan berdebat atau saling menyesatkan,
serta tidak menjadikan keduanya terlepas dari ikatan golongan yang selamat
(al-Firqah al-Najiyah). Perbezaan antara al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah ini
adalah seperti perselisihan yang terjadi di antara para sahabat nabi, tentang
adakah Rasulullah melihat Allah pada saat Mi’raj? Sebahagian sahabat,
seperti ‘Aisyah dan Ibn Mas’ud mengatakan bahawa Rasulullah tidak melihat
Tuhannya ketika Mi’raj. Sedangkan Abdullah ibn ‘Abbas mengatakan bahawa
Rasulullah melihat Allah dengan hatinya. Allah memberi kemampuan melihat kepada
hati Nabi Muhammad atau membuka hijab sehingga dapat melihat Allah. Namun
demikian al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah ini tetap bersama atau bersefahaman
dan sehaluan dalam dasar-dasar aqidah. Al-Hafiz Murtadha az-Zabidi (W. 1205 H)
mengatakan:“Jika dikatakan Ahlussunnah wal Jama’ah, maka yang dimaksud adalah
al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah “. (Al-Ithaf Syarah li Ihya Ulumuddin, juz 2
hlm 6)
Maka aqidah yang sebenar dan
diyakini oleh para ulama salaf yang soleh adalah aqidah yang diyakini oleh
al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah. Kerana sebenarnya keduanya hanyalah
merumuskan serta membuat ringkasan yang mudah (method) dan menjelaskan aqidah
yang diyakini oleh para nabi dan rasul serta para sahabat. Aqidah Ahlusssunnah
adalah aqidah yang diyakini oleh ratusan juta umat Islam, mereka adalah para
pengikut madzhab Syafi’i, Maliki, Hanafi, serta orang-orang yang utama dari
madzhab Hanbali (Fudhala’ al-Hanabilah).
Aqidah ini diajarkan di
pondok-pondok Ahlussunnah di negara kita Malaysia,Indonesia,Thailand dan
lain-lainnya.Dan Alhamdulillah, aqidah ini juga diyakini oleh ratusan juta kaum
muslimin di seluruh dunia seperti Brunei, India, Pakistan, Mesir (terutama
al-Azhar), negara-negara Syam (Syria, Jordan, Lubnan dan Palestin),
Maghribi,Yaman, Iraq, Turki, Chechnya, Afghanistan dan banyak lagi di
negara-negara lainnya.
Maka wajib bagi kita untuk sentiasa memberi penuh
perhatian dan serius dalam mendalami aqidah al- Firqah al-Najiyah yang
merupakan aqidah golongan majoriti. Kerana ilmu aqidah adalah ilmu yang paling
mulia, sebab ia menjelaskan pokok atau dasar agama. Abu Hanifah menamakan ilmu
ini dengan al-Fiqh al-Akbar. Kerana mempelajari ilmu ini wajib diutamakan dari
mempelajari ilmu-ilmu lainnya. Setelah selesai atau khatam mempelajari ilmu ini
barulah disusuli dengan ilmu-ilmu Islam yang lain. Inilah method yang diikuti
para sahabat nabi dan ulama rabbaniyyun dari kalangan salaf maupun khalaf dalam
mempelajari agama ini. Tradisi ini telah bermula dari zaman Rasulullah,
sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Umar dan Jundub, maknanya: “Kami ketika
remaja saat mendekati baligh- bersama Rasulullah mempelajari iman (tauhid) dan
belum mepelajari al-Qur’an. Kemudian kami mempelajari al-Qur’an maka
bertambahlah keimanan kami”. (H.R. Ibnu Majah dan dishahihkan oleh al-Hafidz
al-Bushiri).
Ilmu aqidah juga disebut dengan ilmu kalam. Hal ini
kerana ramainya golongan yang menyalahgunakan nama Islam namun menentang aqidah
Islam yang sebenar dan banyaknya kalam (argumentasi) dari setiap golongan
untukmembela aqidah mereka yang sesat. Tidak semua ilmu kalam itu tercela,
sebagaimana dikatakan oleh golongan Musyabbihah (kelompok yang menyerupakan
Allah dengan makhluk-Nya). Akan tetapi ilmu kalam terbahagi menjadi dua
bahagian ; ilmu kalam yang terpuji dan ilmukalam yang tercela. Ilmu kalam yang
kedua inilah yang menyalahi aqidah Islam kerana dikarang dan dipelopori oleh
golongan-golongan yang sesat seperti Mu’tazilah, Musyabbihah (golongan yang
menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya, sepeti kaum Wahabiyyah) dan ahli bid’ah
lainnya. Adapun ilmu kalam yang terpuji ialah ilmu kalam yang dipelajari oleh
Ahlussunah untuk membantah golongan yang sesat. Dikatakan terpuji kerana pada
hakikatnya ilmu kalam Ahlussunnah adalah taqrir dan penyajian prinsip-prinsip
aqidah dalam formatnya yang sistematik dan argumentatif; dilengkapi dengan
dalil-dalil naqli dan aqli. Dasar-dasar ilmu kalam ini telah wujud di kalangan
para sahabat. Di antaranya, Imam Ali ibn Abi Thalib dengan argumentasinya yang
kukuh dapat mengalahkan golongan Khawarij, Mu’tazilah dan juga dapat membantah
empat puluh orang yahudi yang meyakini bahwa Allah adalah jisim (benda).
Demikian pula Abdullah ibn Abbas, Al-Hasan ibn Ali ibn Abi Thalib dan Abdullah
ibn Umar juga membantah kaum Mu’tazilah. Sementara dari kalangan tabi’in; Imam
al-Hasan al-Bashri, Imam al-Hasan ibn Muhamad ibn al-Hanafiyyah; cucu Saidina
Ali ibn Abi Thalib dan khalifah Umar ibn Abdul Aziz juga pernah membantah kaum
Mu’tazilah. Kemudian juga para imam dari empat mazhab; Imam Syafi’i, Imam
Malik, Imam Abu Hanifah, dan Imam Ahmad juga menekuni dan menguasai ilmu kalam
ini. Sebagaimana dinukilkan oleh al-Imam Abu Manshur al-Baghdadi (W 429 H)
dalam kitab Ushul ad-Din, al-Hafizh Abu al-Qasim ibn ‘Asakir (W 571 H) dalam
kitab Tabyin Kadzib al Muftari, al-Imam az-Zarkasyi (W 794 H) dalam kitab
Tasynif al-Masami’ dan al ‘Allamah al Bayyadli (W 1098 H) dalam kitab Isyarat
al-Maram dan lain-lain. Allah berfirman yang bermaksud: “Maka ketahuilah bahwa
sesungguhnya tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah dan mohonlah
ampun atas dosamu”. (Muhammad :19) Ayat ini sangat jelas mengisyaratkan
keutamaan ilmu ushul atau tauhid. Yaitu dengan menyebut kalimah tauhid (la
ilaha illallah) lebih dahulu dari pada perintah untuk beristighfar yang
merupakan furu’ (cabang) agama. Ketika Rasulullah ditanya tentang
sebaik-baiknya perbuatan, beliau Menjawab,maknanya: “Iman kepada Allah dan
rasul-Nya”. (H.R. Bukhari) Bahkan dalam sebuah hadits Rasulullah mengkhususkan
dirinya sebagai orang yang paling mengerti dan faham ilmu tauhid, beliau
bersabda,maknanya: “Akulah yang paling mengerti di antara kalian tentang Allah
dan paling takut kepada-Nya”. (H.R. Bukhari)
Kerana itu, sangat banyak ulama yang menulis
kitab-kitab khusus mengenai penjelasan aqidah Ahlussunnah Wal Jama’ah ini.
Seperti Risalah al-’Aqidah ath-Thahawiyyah karya al-Imam as-Salafi Abu Ja’far
ath-Thahawi (W 321 H), kitab al‘Aqidah an-Nasafiyyah karangan al Imam ‘Umar
an-Nasafi (W 537 H), al-‘Aqidah al-Mursyidah karangan al-Imam Fakhr ad-Din ibn
‘Asakir (W 630 H), al ‘Aqidah ash-Shalahiyyah yang ditulis oleh al-Imam
Muhammad ibn Hibatillah al-Makki (W 599H); beliau menamakannya Hadaiq al-Fushul
wa Jawahir al Uqul, kemudian menghadiahkan karyanya ini kepada sultan
Shalahuddin al-Ayyubi (W 589 H).
Tentang risalah aqidah yang terakhir disebutkan,
sultan Shalahuddin sangat tertarik dengannya hingga beliau memerintahkan untuk
diajarkan sampai kepada anak-anak kecil di madrasah-madrasah, yang akhirnya
risalah aqidah tersebut dikenal dengan nama al ‘Aqidah ash-Shalahiyyah. Sultan
Shalahuddin adalah seorang ‘alim yang bermadzhab Syafi’i, mempunyai perhatian
khusus dalam menyebarkan al ‘Aqidah as-Sunniyyah. Beliau memerintahkan para
muadzdzin untuk mengumandangkan al ‘Aqidah as-Sunniyyah di waktu tasbih
(sebelum adzan shubuh) pada setiap malam di Mesir, seluruh negara Syam (Syiria,
Yordania, Palestina dan Lebanon), Mekkah, Madinah, dan Yaman sebagaimana
dikemukakan oleh al Hafizh as-Suyuthi (W 911 H) dalam al Wasa-il ila Musamarah
al Awa-il dan lainnya. Sebagaimana banyak terdapat buku-buku yang telah
dikarang dalam menjelaskan al ‘Aqidah as-Sunniyyah dan senantiasa penulisan itu
terus berlangsung. Kita memohon kepada Allah semoga kita meninggal dunia dengan
membawa aqidah Ahlissunah Wal Jamaah yang merupakan aqidah para nabi dan rasul
Allah. Amin.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar